Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum wbt . Mula2 marilah sama2 kita bersyukur kepada Allah kerana
kita masih dapat bernafas dgn izin Allah SWT . Alhamdulillah . Dan tak lupa
juga selawat junjungan baginda Rasulullah SAW . Allahumma solli’ala Muhammad wa
alaa ‘ali Muhammad 3x .
Maafkan ana
kerana lama tak mengupdate blog ni . Sebab jarang on9 guna laptop . Selalu on9 guna fon je . Tu susah nak update
blog ni . :3
Okey . Harini ana nak kongsi sedikit pengetahuan
ana dalam kehidupan ana . Iaitu ISTIQAMAH DALAM BERHIJRAH . Memang susah utk
istiqamah . Tp ana dapat istiqamah slow2 . Memang lah utk berubah dgn mendadak
memang mustahil . Tp Alhamdulillah . Ana dapat istiqamah . Ana nak share sikit
3 cara ana istiqamah dalam hijrah . Okey . Kebanyakan kita sekarang kalau nak
berhijrah tu memang senang, tp istiqamah tu yg susah .
Okey . First, kita kena banyakkan beristighfar
dan bersabar . Sabar itu tersangatlah penting . Kerana bila tiada sifat
bersabar . Kita akan jd acuh x acuh utk berubah . Sabar membawa bnyk erti .
Sabar utk melakukan perkara yg keji yg selalu kita lakukan . Sabar utk menerima
dugaan Allah dlm berhijrah . Sabar utk menepis segala kejian dan cacian orang
lain kpd kita .
Ana akui . Ana pun
lalui semua tu . Terasa nak je kembali kpd perangai dulu . Tp
Alhamdulillah . Allah jaga ana . Ana ni masih dalam tempoh berhijrah . Masih
belum sempurna . Istighfar juga sangat penting . Sebab istighfar adalah penawar
bg bisikan SYAITOOONNN !! yg selalu menghasut diri kita utk melakukan tabiat
lama . Jika pernah terlintas utk kembali brcouple . Cepat istighfar dan ingat
apa balasan Allah akan bg . Apa akibatnya nanti . Yang kedua . Ana selalu baca2
buku yg membawa faedah dalam hidup ana . Kadang2 novel islamik, kisah
Rasulullah SAW dan semua bahan bacaan yg berkaitan dgn akhirat . Kalau novel tu
. Ana hanya baca novel yg Ustazah Fatimah Syarha punya . Yang lain . Sorry . J
. Insan bernama ustazah Fatimah Syarha telah banyak mengajar ana tentang cinta
manusia dgn cinta kpd Allah dan Rasul . Ana sangat berterima kasih dan
bersyukur kpd Allah kerana melahirkan insane seperti beliau . Cubalah baca
novel beliau kalau tak percaya . Bahkan ana ni yg lelaki sebelum ni x pernah
ada niat nk baca novel pun . Tp buleh terpikat dgn novel beliau . Hehehe ~
Ok yang terakhir, DOA . Doa itu tersangatlah
penting . Berdoa kpd Allah supaya Allah berkati hidup kita . Pelihara diri kita
drpd fitnah . Juga tak lupa berdoa utk jauhi diri kita drpd riak dan takabbur
atas diri kita bila berubah nanti . Allahu . Kadang2 ana terasa sangat takut
utk berhijrah . Takut apa . Takut nanti timbul perasaan riak dan takabbur . Allahurobbi
:’( . Tp ana kuatkan diri ana utk tempuh semua tu . Alhamdulillah ana berjaya slow2
. Tp ana harap Allah berkati hidup ana selalu .
Itulah cara ana istiqamah utk berhijrah .
Sebenarnya banyak lagi . Tp takkan nak tulis semua . InsyaAllah lain kali ana
akan tulis . Hehehe . Sekadar peringatan . Ana ni tak sempurna . Ana ni hanya insan jahil dan pendosa tanpa noktah .
Selalu melakukan dosa kpd Allah . Diri ana tak sempurna . Jadi ana nak minta
maaf seandainya artikel ni ada yg salah, ada yg menyinggung perasaan antum
semua .
Ana berundur diri
buat setakat ni . Apa yang baik datang
drpd Allah SWT dan apa yg cacat dan tidak baik datang drpd diri ana sendiri .
Assalamualaikum .