Monday 3 February 2014

Istiqamah Membawa Manfaat






Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum wbt . Mula2 marilah sama2 kita bersyukur kepada Allah kerana kita masih dapat bernafas dgn izin Allah SWT . Alhamdulillah . Dan tak lupa juga selawat junjungan baginda Rasulullah SAW . Allahumma solli’ala Muhammad wa alaa ‘ali Muhammad 3x .

Maafkan ana kerana lama tak mengupdate blog ni . Sebab jarang on9 guna laptop . Selalu on9 guna fon je . Tu susah nak update blog ni . :3 

Okey . Harini ana nak kongsi sedikit pengetahuan ana dalam kehidupan ana . Iaitu ISTIQAMAH DALAM BERHIJRAH . Memang susah utk istiqamah . Tp ana dapat istiqamah slow2 . Memang lah utk berubah dgn mendadak memang mustahil . Tp Alhamdulillah . Ana dapat istiqamah . Ana nak share sikit 3 cara ana istiqamah dalam hijrah . Okey . Kebanyakan kita sekarang kalau nak berhijrah tu memang senang, tp istiqamah tu yg susah .

Okey . First, kita kena banyakkan beristighfar dan bersabar . Sabar itu tersangatlah penting . Kerana bila tiada sifat bersabar . Kita akan jd acuh x acuh utk berubah . Sabar membawa bnyk erti . Sabar utk melakukan perkara yg keji yg selalu kita lakukan . Sabar utk menerima dugaan Allah dlm berhijrah . Sabar utk menepis segala kejian dan cacian orang lain kpd kita .

Ana akui . Ana pun lalui semua tu . Terasa nak je kembali kpd perangai dulu . Tp Alhamdulillah . Allah jaga ana . Ana ni masih dalam tempoh berhijrah . Masih belum sempurna . Istighfar juga sangat penting . Sebab istighfar adalah penawar bg bisikan SYAITOOONNN !! yg selalu menghasut diri kita utk melakukan tabiat lama . Jika pernah terlintas utk kembali brcouple . Cepat istighfar dan ingat apa balasan Allah akan bg . Apa akibatnya nanti . Yang kedua . Ana selalu baca2 buku yg membawa faedah dalam hidup ana . Kadang2 novel islamik, kisah Rasulullah SAW dan semua bahan bacaan yg berkaitan dgn akhirat . Kalau novel tu . Ana hanya baca novel yg Ustazah Fatimah Syarha punya . Yang lain . Sorry . J . Insan bernama ustazah Fatimah Syarha telah banyak mengajar ana tentang cinta manusia dgn cinta kpd Allah dan Rasul . Ana sangat berterima kasih dan bersyukur kpd Allah kerana melahirkan insane seperti beliau . Cubalah baca novel beliau kalau tak percaya . Bahkan ana ni yg lelaki sebelum ni x pernah ada niat nk baca novel pun . Tp buleh terpikat dgn novel beliau . Hehehe ~

Ok yang terakhir, DOA . Doa itu tersangatlah penting . Berdoa kpd Allah supaya Allah berkati hidup kita . Pelihara diri kita drpd fitnah . Juga tak lupa berdoa utk jauhi diri kita drpd riak dan takabbur atas diri kita bila berubah nanti . Allahu . Kadang2 ana terasa sangat takut utk berhijrah . Takut apa . Takut nanti timbul perasaan riak dan takabbur . Allahurobbi :’( . Tp ana kuatkan diri ana utk tempuh semua tu . Alhamdulillah ana berjaya slow2 . Tp ana harap Allah berkati hidup ana selalu .

Itulah cara ana istiqamah utk berhijrah . Sebenarnya banyak lagi . Tp takkan nak tulis semua . InsyaAllah lain kali ana akan tulis . Hehehe . Sekadar peringatan . Ana ni tak sempurna . Ana ni hanya insan jahil dan pendosa tanpa noktah . Selalu melakukan dosa kpd Allah . Diri ana tak sempurna . Jadi ana nak minta maaf seandainya artikel ni ada yg salah, ada yg menyinggung perasaan antum semua .

Ana berundur diri buat setakat ni . Apa yang baik datang drpd Allah SWT dan apa yg cacat dan tidak baik datang drpd diri ana sendiri .

Assalamualaikum .