Friday, 28 March 2014

I K H T I L A T




Assalamualaikum wbt . Lama derr tak update blog . ><  Ana sekarang sibuk sikit sekarang lepas dapat result SPM . ^^

Okey . Sekarang ana nak kupas sikit pasal ikhtilat ni . Sebelum tu, maaf lah kalau ada yang terasa dgn entry ana ni sbb memang akan terasa pun termasuk lah diri ana ni . IKHTILAT ataupun nama sebenarnya BATAS PERGAULAN antara lelaki bukan mahram dan perempuan bukan mahram. Perkara ini ana akui memang susah nak jaga . Diri ana pun kadang2 terumbang ambing . Jadi ana ambil kesempatan di sini utk sama kita ambil apa yg baik drpd entry ana ni dan tegur apa salah silap ana .

Ikhtilat ni nampak macam senang nak jaga tapi susah kerana kadang2 kita lakukan tanpa kita sedari . Berchatting dalam laman sosial tanpa ada urusan . Berkomen2 kat status atau gambar . Kan3 ??? Apabila kita tak jaga ikhtilat dan biarkan ia berterusan, ia boleh menjadi sampai tahap berbuat maksiat dan menuju ke zina . Betul ni . Ana bagi contoh lah . First chatting dgn ajnabi, then chatting sampai lewat malam, timbul rasa suka bila syaitan mula menggoda nafsu, rasa nak berjumpa, bila berjumpa rasa nak try . Nauzubillah min zalik . Haaa ! Faham2 lah .

Kalau nak berchatting takde masalah, chatting lah . Tapi pastikan atas dasar urusan sahaja ! Dasar urusan tu macam mana pulak ? Atas dasar urusan tu kita fikir bila kita disoal di akhirat nanti kenapa berchatting dgn ajnabi, kita boleh jawab yg sebenarnya ianya sememangnya urusan yang sangat PENTING dan tak dapat dielakkan . Haaa . Amacam ? Kalau setakat saja2 nak tanya "awak makan nasi, beras cap apa ?" Adakah itu adalah urusan yg tersangat penting ? Sama2 kita pikiaq .

Ni ana nak kongsi tips bila nak jaga hati seseorang tu bila ajnabi hantar chat kepada kita. Bila ada ajnabi hantar chat kat kita tak kira lah text message ke apa ke . Dia hantar Assalamualaikum . Utk jaga hati dia, kita balas lah Waalaikumussalam . Then mesti dia akan reply kan ? Contoh kalau dia reply " Wax pewrr tuuwrr ??" Kita pun balas kat dia "Assalamualaikum, Allah sedang melihat dan malaikat sedang mencatat" Senang kan ? Sama2 kita ubah ok ;D

InsyaAllah boleh . Ikhtilat dijaga, maruah terpelihara .