Saturday, 20 December 2014

S A H A B A T

Bismillah. Hari ni ana nak kongsi kisah ana dengan sahabat ana.

Yang memang sangat rapat. 


Pagi yang sangat cerah.
 ........

Macam biasa la kan budak sekolah. Pelajar SMK.
Tiap2 hari bila pergi sekolah, akan ada topik utk dibahaskan.
Lagi-lagi kalau cikgu tu yang tak datang.

Fuhhh !

Memang meriah satu kelas berborak santai.

Dan bila tiba masa cikgu kami MC.
Kami pun akan duduk rapat-rapat sambil berborak.

Cakap tentang bola,
isu semasa,
hal agama,
dan macam-macam ah lagi.


Duk borak gelak sakan tu, 
ana terpandang sahabat ana yang sangat rapat dgn ana 
di belakang sedang bercakap dgn rakan sekelas perempuan.

Hmm.......

Ana terasa agak pelik dgn reaksi muka dan cara percakapan dia.
Jadi ana pun mula beralih drpd situ dan pi join dgn sahabat ana ni.

Ana pun mencelah.

" Best berborak nampak. Borak pasal apa ? "

Jelas terpandang di wajah sahabat ana tu wajah yg sangat serius.

Jadi ana pun tanya lah dia 

" Kenapa ni Hilaf ? *bukan nama sebenar

Dia tak jawab. Senyap je dgn mulut yang agak macam Donald Duck tu.

Jadi ana pun tanya rakan kelas ana yg perempuan tu.

Dia kata, 
"Hilaf ni degil tak nak berhenti buat benda tu, 
saya dah nasihat kat dia, tp dia tetap tak berhenti "

Ohh. Baru ana faham. 

* Rakan sekelas perempuan ana ni rapat dgn sahabat karib ana ni. Sangat rapat.

" Hilaf, sampai bila kau nak buat benda tu ? Tak serik lagi ke ? Cukup2 lah tu.
aku pun tak sanggup nak tngok sahabat baik aku buat benda tu. Tolong lah hilaf "

Hilaf terus berdiam diri.

" Kau tau tak, dah lah mak kau dah larang kau jangan buat benda tu,
tp kau tetap buat juga. "

* Tiba-tiba dia tersentak

!!!!!!!

" Kau ni kenapa tiba2 nak kaitkan mak aku pulak, 
tolong jangan kaitkan mak aku dalam hal ni "

Ana pun terus potong 

" Aku bukan apa, kau sahabat aku, bahkan sahabat baik aku.
Aku tak nak sahabat aku terus melakukan perkara yg boleh 
buat kau rosak. Kata nak masuk syurga bersama. "

Dia terus berdiam.

" Sungguh ni Hilaf, dulu sebelum kau terjebak dgn perkara ni, 
kau selalu lepak dgn aku,
keluar dgn aku,
futsal dgn aku,
naik motor skali dgn aku,
pergi kem skali dgn aku,
semuanya mesti kau dan aku. "

*Tahan sebak

" Aku masih ingt lagi dulu, tiap2 pagi bila nak pergi sekolah,
mesti kau akan text aku,

~ Aiman, ambil aku kat rumah, aku pergi dgn kau sekolah ~

Aku pun on je. Ye memang aku on sebab aku suka 
bila selalu dgn kau.
Sebab motor aku tu, memang seat belakang tu bila kosong,
aku terus teringatkan kau.
Sebab bila nak pi shopping ke,
nak pi lepak,
nak pi futsal,
mesti kau yang akan naik selalu.

Kita ni macam dah lebih drpd pasangan. 
Kita adalah sahabat seperti kura-kura dgn cangkerangnya.
 Tidak akan terpisah jua.

* Air mata mula menitis di waktu itu

Kini, kau dah tak macam dulu.
Kau dah tejebak dgn benda tu.

Saban hari kau telah melupakan aku.
Aku sedih. Aku sedih kau tau.
Tolong lah Hilaf, 

Berhenti lah buat benda tu.

* Hilaf terus tersentak bila nampak air mata aku keluar

" Aiman, kau menangis eh ? Kau menangis sebab aku eh ?

Ana terus potong

" Tolong lah. Aku rindu persahabatan kita yg dulu. 
Motor aku dah jadi macam motor kau.
Bila main futsal,
kau akan selalu dgn aku.
FRIENDWORK. "

* Air mata mengalir semakin laju

Tanpa ana sedari,
rupa-rupanya rakan kelas perempuan ana turut sebak 
dgn cerita ana tu. 
Dia juga turut menangis.

Tapi ana buat tak hirau. 

Hilaf berkata kat ana 

" Aiman, aku akan cuba yer. Aku janji aku cuba.
Tapi aku perlukan masa. Berikan aku masa yer.
Aku pun tak tahu kenapa aku terjebak dgn benda ni.
Aku pun rindukan persahabatan kita dulu.

AKU MINTA MAAF "

* Ana terus bangun dan pergi ke surau sekolah

Wudhu diambil.
Solat Dhuha didirikan.
Solat Hajat didirikan.

Bertujuan untuk memohon kpd Allah supaya bantu sahabat ana
untuk kuat dalam perubahannya. 

Allahu

" Assalamualaikum aiman "

Hilaf memberi salam.

" Jom aiman masuk kls, dah siap solat ? Cepat lah, aku tunggu ni. "

" Okey jap yer "

* Air mata disapu


" Janji dengan aku tau Hilaf. "

" Ya aku janji man "

* Saling melemparkan senyuman yang manis.


_____________________________________________________________

Itu lah serba sedikit bingkisan daripada ana.

Alhamdulillah sekarang Hilaf dah okey. 

Bersyukur kpd Allah.

Persahabatan kami semakin akrab walaupun masing-masing
sambung pengajian di tempat yang berlainan.

Sama-sama doakan Hilaf supaya istiqamah yer.



Uhibbuk Fillah ya Sahabat !!!



Saturday, 6 December 2014

Isteri Aku Ustazah, Suami Aku Lelaki Jahil Agama





Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.


Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.


Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.


Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.
Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut.


Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.”
Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.


 Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya.
Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.
Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”


Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat.


Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu.
Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.


Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak.


Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak."
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.”


Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay.
Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?”
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak.
Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa.


Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. 


Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call?
Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.
Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”


Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya.


Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.


Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.


Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..”

 
Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu.
Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu.


Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan.
Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman.
Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan.


Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli.
Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….”


Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.


Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah.
Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.


Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah.Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman.


Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu sekarang lain. 
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video.
Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.


Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan.

Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.”

Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along .
Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. 


Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa 
apa yang dia soal tadi.


Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.


Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…”
Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”


Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum.
Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”


Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah.
Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis.
Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang.
Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.”


Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di situ berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum.
Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor.


Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan.

Sakit!

Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar”
Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.


Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat.
Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.


Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.”


Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun.
Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal.
Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. 


Al-Fatihah.


Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih.
Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati pasti syurga atau neraka yang menanti.
Allahu.

p/s entry ini adalah perkongsian drpd sahabat ana. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Tuesday, 25 November 2014

Fasi Pun Kami, Petugas Pun Kami, Pendidik Pun Kami





~ JOM MUHASABAH DIRI ~

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Moga anda semua sihat 
dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.


Sebelum ana teruskan dgn entry kali ini, suka ana untuk ajak 
sahabat sekalian sama2 selawat junjungan
ke atas Nabi Muhammad SAW. 

Jom selawat !

Allahumma solli 'ala Muhammad 3x


Okey. Alhamdulillah dah selesai kita berselawat.
Jadi ayuh kita teruskan dgn bacaan anda.

Sudah genap 3 hari ana ditugaskan untuk menjadi
FASILITATOR dalam sebuah program akhir tahun
di Masjid Al-Hakim, Tanjung Chat, Kelantan. 
Ana akui, program ini memang banyak mendidik
anak-anak kecil tentang Islam.

Peserta muslimin, yang muslimat duk kat sebelah.
Alif Hakimie ni mengingatkan diri ana ketika kecik dulu.


Kelas Bahasa Arab

Bila abang fasi bercerita. Jom serbu !


Jadi bila tiba hari yang ketiga, iaitu hari ini.
Ada sesuatu yang telah berlaku ketika dalam 
sesi bersama fasilitator.

Okey meh ana nak habaq mai.

........

Jam menunjukkan pada pukul 3.00 tengah hari.
Menjadi tugas kami untuk mengisi masa anak-anak
ini supaya tidak terbuang begitu sahaja.
Ini kerana, ibu bapa mereka telah amanahkan 
anak mereka kpd kami untuk mendidik mereka. 

Jadi kami kena jaga amanah ini,

*Pegang microfon*

" Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh "
Anak-anak kecil pun menjawab salam ana dgn berlagu, 
macam kebiasaan di sekolah bila guru masuk. 

" Waalaikumu ssalam warrahmatullahi wa barakatuh ustaz. "

" Okey bagus, masa ini adalah masa yang terluang, 
jadi ustaz nak pasang video.
Nak tak ? "

Mereka menjawab
" Naaaaakkkkkkkkk !!!!!!~~~~

Haha, kemain panjang 'nak' tuh.
Kebiasaan budak-budak memang suka tngok video kan.

" Okey tunggu kejap yerr.... "

*Video pun dipasang*

................

Budak-budak kelihatan sangat takut kerana video tu,
tapi mereka tetap nak tngok juga. Jadi ana pun teruskan.

Tahu tak apa video tu ?

Ana pasang video " Gambaran Bila Hari Akhirat Tiba "

Haaaaaa tudiaaa.....

Mana lah tak takut kan. Mesti lah takut.

Tujuan ana pasang video tu sebab nak membuka
minda mereka dan berfikir. 

 Fikiran mereka pada usia begini masih lagi kosong,
jadi memang bagus bila di didik ketika
kecil lagi tentang ISLAM ni.

......

Habis je video tu,

budak-budak semua tu saling berkata antara mereka,

" Takut ahh hari kiamat. Fuhh takut "

Dan macam-macam ahh lagi yang diborakkan oleh mereka.

.......

Jadi ana pun ambil mic dan berkata

" Okey, video td tu pasal apa ?? "

Mereka menjawab
" Hari Akhirat "

" Hari akhirat kan ? Okey, tu baru gambaran untuk hari akhirat.
Gambaran pun dah menakutkan.
Hari akhirat yang sebenar lebih teruk lagi drpd gambaran tu,
bahkan tidak tergambar dalam fikiran kita semua,
macam mana keadaan bumi dan kita pada masa itu "

Krikkkkkk 3x
......

Mereka terus senyap dan memberi perhatian sepenuhnya kpd ana.

Ana pun menyambung lagi.

" Allahuakhbar Allahuakhbar !!! 
Siapa tahu apa maksud kalimah yang ustaz sebut tadi ?

Mereka beramai-ramai menjawab 
 " Allah Maha Besar ! "

" Allah Maha Besar kan ? Jadi kita tengok di sini, di Kuala Lumpur.
Bangunan apa yang paling tertinggi di sana ? Bangunan KLCC kan ?
Kuasa Allah lebih besar daripada bangunan KLCC tu. Amat besar . 

Jika Allah nak hancurkan KLCC tu, Allah boleh lakukan 
hanya dengan sekelip mata je. 
Dengan kuasa Allah yang maha Agung dan Besar,
KLCC tu boleh runtuh. "

......

Krikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk 3x

Semakin senyap mereka semua. Jadi ana pun teruskan.

 " Malaikat apa yang meniup sangkakala ?? 
Malaikat Israfil kan ?? "

* Mereka mengangguk *

" Baiklah, kita sekarang adalah umat akhir zaman.
Umat akhir zaman bermaksud kita ni
memang dah sangat hampir dengan hari akhirat.

Kalau boleh di bayangkan. 
Malaikat Israfil mempunyai alat seperti
trumpet untuk meniup sangkakala.
Dan alat itu kita boleh cakap
bahawa alat itu sudah berada
di mulut Malaikat Israfil sekarang.

Jadi sekarang Malaikat Israfil hanya menunggu perintah 
daripada Allah SWT untuk meniup sangkakala. 
Dan bila Allah SAW memberi perintah kpd
malaikat Israfil untuk meniup sangkakala
yang pertama, 
maka segala-galanya akan bermula.

Allahurabbi. "

* Memang sunyi sepi, cengkerik pun tak kedengaran *

!! Tiba-tiba seorang budak telah .....

Jeng3.

 .....

Akan bersambung lain kali yer sahabat sekalian.

Harap bersabar dan terus menanti. ^_^

Hanya setakat tu dahulu untuk masa sekarang. 
 Harap sahabat semua dapat membuka fikiran
dan bermuhasabah diri tentang entry kali ini.

Kalau budak-budak kecil ni boleh faham dan takut
tentang hari akhirat,
takkan kita yang matang ni tak takut ??

Allahu.

Assalamualaikum.


Sunday, 23 November 2014

7 Cara Buat Kanak-Kanak Dekat Dengan Kita.

NOTA: Post ni agak panjang, so baca ikut tekak korang. Kalau korang betul-betul nak menuntut, sila baca semua.

Dear journal,

  Aku yang sempoi, aku yang terlebih ramah, aku yang kasar.. Kau fikir aku ni disukai dan menyukai kanak-kanak ke?
  Sah. Kau salah.
  Aku suka budak-budak and statement ni buat aku sendiri terkejut. Dulu aku tak suka sebab diorang ni kuat merajuk, kuat merengek. Sakit jiwa aku. Aku pernah terfikir kalau ibu aku lahirkan anak sorang lagi, aku kasi Smackdown dia kalau bagi aku pening.
  Tapi Tuhan kasi pinjamkan satu bakat kat aku. Aku boleh kasi budak-budak suka aku. Kalau sedara-sedara aku dah blur nak pujuk anak-anak diorang, diorang mintak tolong aku. Tapi aku bukannya ahli sihir, terus boleh kasi budak suka aku. Ada cara dia. And harini aku nak kongsi dengan korang. Mudah-mudahan korang bakal jadi family members, parents, or even komuniti yang bijak bab budak-budak.

1. Muliakan Budak-budak.

ideaforkids.com

  Budak-budak ni bebas dosa, suci, tak ternoda. Yang buat perangai diorang buruk sebab persekitaran, didikan parents, and kawan-kawan diorang. Badan kita ni macam magnet sebenarnya. Kalau kita fikir budak-budak ni buruk, then buruk la jugak pandangan diorang kat kita. Mula-mula tetapkan hati kita, pandang diorang sebagai satu insan yang mulia. Dan first step ni dah mudahkan next step!

2. Bagi Sepenuh Perhatian.

desianin.blogspot.com

  Bila budak-budak cakap, reply sungguh-sungguh. Kalau kita reply sampai kita-kita sekali dah jadi budak-budak, go on. Diorang lagi teruja. Bila diorang ajak main, kita mainlah dengan dia. Bila diorang nangis, kita jangan membentak. Ada sebab dia buat macam tu. Bila dia degil pun jangan bentak. Ada sebab. Layan je apa diorang nak. Diorang ni sebenarnya tak reti nak express feelings diorang. So, 1001 cara diorang nak tarik perhatian kita. Aku teringat lagi satu iklan Petronas ni. Karenah ringkas seorang anak.
“Ayah, burung apa?”
“Burung murai.”
  And si anak tanya berkali-kali kat ayah dia, tapi ayah dia tak bengang. Sebaliknya dia jawab dengan penuh kasih sayang. Serius iklan tu kasi orang nangis. Semua ni tinggalkan kesan besar kat seorang budak. Ingat, memori yang paling kuat adalah zaman budak-budak.
3. Banyak Sentuh, Banyak Usap.

resepibahagia.blogspot.com

  Korang fikir suami isteri je ada ‘feel’ bila sentuh? Budak-budak lagi feel, tau.
Wei, aku dah bagi perhatian. Tapi kadang-kadang dia nangis, dia taknak jugak dengar cakap aku?”
  Yes, kita kena pandai teknik ni. Ok, aku bagi tips untuk tiap-tiap situasi. Tapi tiap-tiap budak ragam lain. Kita kena bijak olah idea ni.
-          Time budak tu menangis.
iwandahnial.wordpress.com

Jangan pujuk dia. Biar 5 minit. Then kita datang, pandang dia. Usap kepala dia lembut-lembut, kesat air mata dia, peluk dia. Kasi dia feel kita. Barulah pujuk dia elok-elok. Kita pujuk pakai mulut, tu simpati. Kita pujuk pakai gerakan dan sentuhan, tu empati. And empati ni the most strongest feelings yang susah nak cari. Sebab simpati yang disertai dengan ‘feel’ dia.
-          Time budak tu merengek something.

kidsfreeactivities.com

Mesti ada sebab. Contohnya dia nak susu ke, air ke, kita angkat punggung bagi jela. Tapi kalau dia merengek nak mainan ke apa, kita belikan. TAPI. Cakap dengan dia, kena jaga elok-elok, kita beli sekali je. And make sure kita bawak sekali mainan tu kat mana-mana, bagi dia beringat. Kalau dia nak mainan baru, ingatkan dia balik time beli previous toys. Yang korang pun, janganlah beli mainan besar sangat. Pandai-pandai la. Ingat, time beli kita kena senyum, usap kepala dia. Time dia demand mainan lagi pun kita senyum jugak sambil cakap,usap lagi kepala dia. Tunjukkan yang kita sayang dia walaupun tak semua kehendak dia kita turutkan.
  Dan jangan lupa puji dia bila dia buat something yang bagus. And kalau dia terikut perangai buruk kita, nasihat elok-elok, and ngaku kesalahan kita sekali. And ajak berubah sama-sama. Contohnya,
Kita : Ish, bodoh lah jam ni.
Budak : Bodoh la.
Kita: Eh! Alamak, salah cakap la. Tersilap la. Tak baik kan cakap bodoh. Lain kali kita jangan cakap lagi tau.
  Kita kena bagitau budak tu yang cakap perkataan tu buruk. And mengaku. And never repeat banyak kali. Kalau tak nanti dia akan ikut jugak, repeat banyak kali. And yet, kalau kita jenis cepat marah, panas baran.. Believe me, budak-budak tu akan ikut jugak style kita.

4. Ajak Budak-budak Solat.

waislama.info

  Budak-budak = Suci
  Suci + Solat = Allah mudah lindung hati dan diri.
  Yes, it works. Kalau budak-budak nakal, kita ajar dia solat. Tapi kita-kita sekali kena solat. Jangan main ngarah je, tapi diri sendiri tak buat. Aku ada experience dengan sorang budak nakal ni. Gaya cakap, gaya perbuatan dia nampak sangat kasar untuk seorang budak. Kira boleh jadi bad influence. Time tu aku tengah jaga ramai budak-budak, so aku ajak ambik wudhuk. Tiba-tiba budak ni kata,
Ala, dah tau dah macam mana nak ambik wudhuk. Saya sekolah tahfiz. Dah pandai dah.”
  Aku pandang dia. Aku senyum and replied,
Ohh.. Baguslah kalau macam tu dah tau.”
  So aku biarkan dia sorang-sorang depan tandas, aku ajar budak-budak lain ambik wudhuk. Meriah jugak tandas time tu. Budak-budak suka belajar benda baru. Then bila aku pandang muka dia, muka dia macam nak join sebab nampak seronok. Tapi dah terlepas cakap, dia tak dapat buat apa-apa. Bila semua dah selesai, aku panggil dia. Aku ajar dia berwudhuk jugak. And tiba-tiba gaya cakap, gaya perbuatan dia bertukar. Dia sebenarnya budak baik.
pastiwp.wordpress.com
  Malangnya time nak start solat, kakak dia dah suruh dia balik. Gaya kakak dia mengarah pun agak kasar, jadi tiba-tiba dia bertukar jadi kasar balik. Dia mengamuk dan terus keluar rumah. Aku teruskan solat dengan budak-budak lain. Jangan lupa lepas solat, salam, cium, peluk diorang. Kita akan rasa connection yang kuat.
  Ingat, kalau budak-budak ni berjumpa, mestilah jadi nakal. So asingkan tempat solat diorang. Dan kalau diorang still degil, main-main, ingatkan diorang.
  “Kita kan nak hadap Allah ni. Nanti main-main, Allah mesti marah, kan? Allah marah kita nanti, kita masuk neraka tau.”
  Kita jangan fikir syurga, neraka ni tak sesuai untuk kanak-kanak. Itu semua mengarut tahap gaban. Sepatutnya dari mula lagi kita kenalkan, supaya diorang beringat sampai ke tua. Sebab diorang taktau hal-hal ni la diorang makin besar makin melampau.
  Aku teringat lagi time tengah lepak dengan cousin aku umur 4 tahun. 4 tahun dah pakai tudung tau. Tiba-tiba ada lelaki bukan mahram nak datang rumah. Aku terus ajak dia teman aku ambik tudung.
  “Kakak Wani nak pakai tudung, ada orang laki datang la. Tak boleh nampak rambut.”
  “A’ah, kena pakai tudung. Nanti Allah tarik rambut kan.”

5. Jangan Marah, Jangan Jerit.

crestock.com

  Maksud aku bukan manjakan diorang sampai esok pijak kepala. Bukan. Teknik ni digalakkan untuk 6 tahun ke bawah. Ada sesetengah budak lagi dimarah, lagi dia memberontak. Mana tak nya, kita marah dia depan khalayak ramai. Budak-budak pun tau malu. Kalau kita kena marah depan orang pun kita rasa nak baling batu kat orang tu. Kita pergi kat dia, kasi bisik, nasihat elok-elok. Hati budak ni lembut, mudah terima. Asalkan pendekatan yang lembut. And make sure kita keep on nasihat dia kalau dia buat lagi. Manusia ni pelupa.
  Dan untuk budak sekolah. Aku ada teknik best. Teknik ni parents aku guna and ada ibu-ibu mithali kat luar sana buat jugak. Serius, bukan buat cerita. Kalau budak tu buat silap, kita nasihat elok-elok DAN bagi amaran kalau diulang, siap. Kalau diorang ulang jugak, kita hukum dia.
  Contohnya ibu aku. Masa kecik-kecik aku kuat mencarut. Pengaruh kawan-kawan and persekitaran aku. Ibu aku dah bagi amaran. Aku buat jugak. Dia tak cakap banyak, dia ambik cili api, tonyoh kat mulut aku. Aku menangis bagai nak gila. Dia biar je aku nangis. Bila dah malam, aku nak tidur, dia datang kat aku, selimutkan aku, usap aku, cium aku, temankan aku tidur. Diam-diam aku nangis lagi. Bukan sebab marah, tapi sebab aku baru sedar aku buat silap and ibu aku hukum aku bukan sebab benci aku.

biliksebelah.wordpress.com
  Ingat.
  Amaran, hukum, kasih sayang.
  Tak perlu jerit-jerit, tak perlu maki-maki, tak perlu marah-marah. Hukum terus, bagitau apa silap dia, blah, tak payah banyak cerita. Cukup time dia dah tenang, guna teknik nombor tiga. Kalau korang fikir cara ni kejam, terpulang. Tapi ingat, bila dia dah jadi remaja baru kita nak pukul dia, susah dia nak terima pengajaran dah. Cara didik remaja lain, budak-budak lain. Percaya la. Aku dah besar panjang, tapi aku makin sayang family aku. Member-member aku yang perangai tak melampau pun kena didik macam ni. Kecik-kecik banyak kena hukum, tapi dah besar sayang family.

6. Banyak story-telling.


speakingchannel.tv

  Masa kecik-kecik aku suka dengar cerita. Bila dah besar aku suka sebarkan cerita. Paling bagus cerita teladan, cerita nabi-nabi, terutamanya sifat, sunnah baginda Rasulullah SAW. Sebab sifat-sifat terpuji kena diterap sejak kecik. Budak-budak akan makin suka kita. Dulu first time aku guna cara ni, budak-budak memang suka dengar cerita. Bila aku jumpa diorang lagi, diorang ramai-ramai keliling aku, duduk dengan aku, and mintak aku bercerita lagi macam sebelumnya.
  Kita dapat sebarkan ilmu and untuk orang Islam dapat sebarkan sunnah, peraturan, cara orang Islam untuk budak-budak ikut. Budak-budak pun suka sebab hati diorang masih suci, senang nak terima.

7. Jadi role-model.

lurim.blogspot.com

  Jangan sekadar cakap, tapi tak reti nak buat. Budak-budak sentiasa memerhatikan telatah orang dewasa and diorang akan ikut. Kalau kita buang sampah merata-rata, diorang pun akan ikut. Kalau kita caci maki, diorang pun akan ikut. Amalkan cakap ‘terima kasih’. Kalau nak mintak tolong guna perkataan ‘Tolong’, jangan main ngarah je. Benda ni aku perhatikan je kat budak-budak. Serius, budak-budak ni terlalu suci. Kita yang mengotorkan diorang.

* Entry ni ana copy daripada entry seorang ukhti. Harap dapat amalkan bersama.