Monday, 14 April 2014

Kalaulah Azan Itu .....






   Bismillahirrohmanirrohim . Assalamualaikum wbt . Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad . Hmmm . Malam ni ana nak kongsi sedikit apa yang ana dapat drpd ustaz yg mengajar time kuliah maghrib semalam . Perkara ni ana sendiri yang terasa . Memang sangat .

  First, ana datang ke masjid ni, ana lihat sekeliling dan berkata dalam hati, "ada org mengajar tak ni ? tak nampak ustaz pun . " Then tiba2 ada seorang hamba Allah yang hanya berbaju melayu kuning yg tidak butang bajunya, berkain pelikat dan berkopiah lembik duduk kat tempat imam . Ana pun terkejut lah . " Ni siapa ni ? Tak pernah nampak pun . " Ana pun duk senyap je . Then, hamba Allah ni dgn muka selamba dia, dia ambil speaker dan bercakap . MasyaAllah ! Tabarakallah . Rupa2nya seorang ustaz der . Lagi2 ustaz yg belajar di Pakistan dan seorang HAFIZ . Tekojut den ! Astaghfirulllahalazim . Begitu cepat diriku ini menilai seseorang itu . Terasa sungguh hina diri ini .

  Hmm . Ana tak sangka, time dia start je kuliah maghrib tu . Seolah2 ada satu tarikan time kuliah tu . Ana memang tak berganjak sejak awal sampai habis kuliah tu . Memang bnyk perkara baru yg ana tak tahu . So, pengajarannya utk kita semua dan self reminder juga, Don't judge people by its clothes, either baju melayu tak berbutang . -____- '

   Antara perkara yang menarik ana dalam kuliah beliau adalah sikap masyarakat Melayu kita yang pandang remeh temeh terhadap solat berjemaah . Bagi kaum Adam lah . Ana ambil isi di dalam kuliah beliau . Beliau kata " Masyarakat Melayu kita sekarang menjd semakin parah . Masjid di tepi rumah tu pun masih malas nak pi solat berjemaah . KALAULAH AZAN ITU ditranslatekan kpd bahasa kita kan seperti ' ALLAHUAKHBARULLAHUAKHBAR !! ' Ditranslatekan ' Allah Maha Besar !! Lebih besar drpd kereta Alphard mu ! Lebih besar drpd Rumah mu ! Lebih besar drpd Pekerjaan mu ! Lebih besar drpd Duit mu ! Allah Lagi BESAR drpd semua tu ! "

  Sambungan lagi, huh panjang ni ^^ " Then, kalau sampai azan tu kat ' HAIYA 'ALAL-SALAH !! '
Apabila ditranslatekan kpd bahasa kita ' Mari pakak maye belako weh !!!!!! Maye !!!! ' " Haaa . Apa perasaan kita kalau kita faham begitu ?? Ni tidak, bila dgr je orang azan ' Allahuakbarullahuakhbar ! ' Kita pun kata, " Eh dah azan lah, takpe iqamat lambat lagi . 15 minit lagi " Alahai masyarakat kita . Iqamat pun diambil kira lagi ? Sepatutnya ketika azan tu bergegas lah pi masjid wahai Kaum Adam . Allahurabbi . Akhir zaman .

   So, pesanan kpd semua kaum Adam terutamanya, marilah solat berjemaah di masjid . Kata ingin cari keredhaan Allah ? Kata ingin ikut sunnah Rasulullah ? Jom lah kita pi masjid . insyaAllah . Sama2 kita penuhkan saf masjid . Biarlah kat masjid tu ada 2 3 orang pun solat jemaah, asalkan 2 3 orang tu salah satunya ialah kita . insyaAllah . " Jom pi mengaji, tak mengaji ceroilah "

   Assalamualaikum ^.^

Sunday, 13 April 2014

AL-QURAN

 





   Bismillahirrohmanirrohim . Assalamualaikum wbt . Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah panjangkan umur kita sampai hari ini . Alhamdulillah ya Allah . ^^ . Hmmm . Hari ni ana update blog sebab atas permintaan seseorang . InsyaAllah ana  cuba . Maafkan ana kalau ada salah silap dalam entry ana ni yerr T.T .  Okey .

    Untuk entry kali ni, ana nak sentuh sikit pasal al-Quran . Ye lah kan . Sebelum ni entry ana bnyk tentang couple2 ni .Sebelum tu, tanya diri kita sendiri dulu, hari ini mana banyak aku habiskan masa ? Al Quran atau Lagu Jiwang ? Terasa ? Memang ah . Kebanyakan orang Melayu set dalam minda diorang masa utk baca al Quran hanyalah selepas waktu maghrib . Selain drpd tu ikutlah nak buat apa2 pun . Memang lah . At least dalam sehari tu kita baca jgk al Quran . Tp kenapa kita nak guna ayat " at least " tu ? Kata nak bnyk pahala . Gunalah perkataan " more least " . Baca al Quran ni sekejap je . 5 minit je pun .

     Okey . Ana nak bg tips bagaimana nak selalu baca al Quran . Sebelum kita solat mana2 waktu, ambil al Quran dulu dan letak di tepi kita kat atas meja ke . Setiap waktu selepas kita solat, tak kira lah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, bacalah sekurang-kurangnya sepipi . Haa !~ Baru terasa diri kita ni setiap masa sentuh al Quran . InsyaAllah .

   Hmmm . Tapi sebenarnya ana nak sentuh pasal lain . Ana dah lama perhatikan masyarakat melayu kita . Diorang sebenarnya memang lancar baca al Quran . Memang tiada tersekat2 pada awalnya . Tetapi dengan pengaruh luar seperti lagu2 jiwang yang boleh mengkhayalkan . Mereka menjadi merangkak2 ketika membaca al Quran . Perkara ni pernah terjadi pada diri ana dulu . Ana berasa sangat sedih pada awalnya . Then ana tekad utk cari mana silap ana yang membuatkan lidah ana jd keras sangat utk baca al Quran .

  Bila ana check fone ana . MasyaAllah ! Ana baru sedar selama ni fone ana penuh dgn perkara lagha . Penuh dgn lagu jiwang . Allahurabbi . Ana tanam dalam diri ana utk delete semua lagu2 jiwang tu, tak kiralah lagu ' Berdua Bersatu ' 'Jujurlah Sayang apa ke mendenya ' Ana delete semua . Dan ana hanya masukkan lagu Qasidah dan bacaan ayat suci al Quran . Alhamdulillah . Sekarang ana dah tak dengar sgt lagu2 yg lagha ni . Kadang2 . Ana terasa sedih dgn kawan2 ana yg sememangnya pandai baca al Quran, tetapi menjd merangkak2 ketika baca al Quran . Akibat drpd benda ni lah . Ni hanya pada pandangan ana dan pengalaman ana sendiri .

   Memang tak salah nak dengar lagu jiwang ni . Tp berpada-padalah . Antara perkara yg boleh membuatkan kita berkhayal semasa belajar adalah lagu2 ni lah . Duk nyanyi dalam kelas dan duk terbayang " Haish, kalau lah Izzue Islam ni jd pakwe aku ni . Perghhh ! " Tiba2 pang !!! Kena makan pelempang cikgu . Haa !~ Tak pasal2 kan . So, ni pesanan ustaz ana kpd ana . Nak dapat ilmu senang je . Kurangkan berkhayal dan kurangkan dgr lagu yg lagha . insyaAllah ilmu itu akan dapat kita terima dgn penuh berkat .

   Okey . Setakat ni jelah . Entry kali ni agak panjang sikit . Haha . Nak puaskan hati readers ni semua ^^ Minta maaf jika ada yg mana2 ada berlawanan pendapat dengan ana . Ana mohon seribu kali maaf jika ada kekurangan dalam entry ana kali ni . Ada tersalah bahasa ke, tersalah taip ke . Mohon tegur ye . Sama2 kita manfaatkan apa yg baik dari entry ana kali ni . Wallahualam . Assalamualaikum .







   


Thursday, 3 April 2014

Bergambar Berdua Dengan Ajnabi .

               Bismillahirrohmanirrohim . Assalamualaikum . Hmm . Janji nak update blog malam ni . Kena update jugak . Hahaha . Topik malam ni teragak panas lah . Perkara ni sering berlaku terhadap semua orang termasuk diri ana sendiri . insyaAllah ana akan kupas sedikit tentang ni . Sebelum tu, ana nak minta maaf jika ada kekurangan dan ketidak puas hati terhadap entry ana dan juga blog ana ni .

             Hmm . Sekarang ramai org suka bergambar dgn berlainan jantina kan ? Dah lah tiada apa2 ikatan kan ? Banyak akibat buruknya perkara ni yg kita tidak tahu . Ni hanya pendapat ana . Ana rasa apabila mereka tu bergambar dan di-save save dalam fone atau dicuci, yang kononnya dikatakan nak buat kenangan, benda tu akan menjadi fitnah kpd kita, akan menjadi penghalang kebahagiaan rumah tangga kita . Mana ke tidak, bila suami/isteri ternampak gambar kita tengah berduaan dgn ajnabi, ana komfem pasti suami/isteri kita hilang kepercayaan terhadap kita . Ni akan jadi satu isu rumah tangga yg besar . Siapa nak bila pasangan kita tak percaya pada kita ?

           Bila nak keluar je, pasti ditanya " Abang !! Nak poi mane tu ! Nak menggatal dgn perempuan lain lah tu ! Jantan hidung belang ! " Haaa . Pedihh derr bila dikata macam tu . Benda ni juga akan menjadi fitnah kita di akhirat kelak . Kita akan disoal di akhirat . Di dunia pun dah difitnah dgn hanya sekeping gambar berduaan dgn ajnabi, apatah lagi di akhirat .

         So, ana nak bagi tips sikit cara nak kuatkan hati utk delete gambar dgn ajnabi ni . Okey . Bila kita nak delete kan , pasti syaitan akan berbisik, "Ala, x yah delete lah . Sekeping je ni pun . Nak buat kenangan . Dahlah awek ni cun " Bila je hati terasa gitu . Kuatkan hati kita dan berkata balik " Ni semua bisikan SYAITOONNN !! . Nak dengar perintah Allah atau bisikan syaiton ?? " Haaa . Komfem rasa nak delete kan . Alhamdulillah ana sekarang berjaya delete semua gambar ana dgn ajnabi dgn pertolongan Allah . InsyaAllah kalian semua pun boleh . Chaiyok3 ~! :)

      Sama2 kita ubah . *Istiqamah memang susah, tapi hasilnya lumayan ;)