Sunday, 13 April 2014

AL-QURAN

 





   Bismillahirrohmanirrohim . Assalamualaikum wbt . Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah panjangkan umur kita sampai hari ini . Alhamdulillah ya Allah . ^^ . Hmmm . Hari ni ana update blog sebab atas permintaan seseorang . InsyaAllah ana  cuba . Maafkan ana kalau ada salah silap dalam entry ana ni yerr T.T .  Okey .

    Untuk entry kali ni, ana nak sentuh sikit pasal al-Quran . Ye lah kan . Sebelum ni entry ana bnyk tentang couple2 ni .Sebelum tu, tanya diri kita sendiri dulu, hari ini mana banyak aku habiskan masa ? Al Quran atau Lagu Jiwang ? Terasa ? Memang ah . Kebanyakan orang Melayu set dalam minda diorang masa utk baca al Quran hanyalah selepas waktu maghrib . Selain drpd tu ikutlah nak buat apa2 pun . Memang lah . At least dalam sehari tu kita baca jgk al Quran . Tp kenapa kita nak guna ayat " at least " tu ? Kata nak bnyk pahala . Gunalah perkataan " more least " . Baca al Quran ni sekejap je . 5 minit je pun .

     Okey . Ana nak bg tips bagaimana nak selalu baca al Quran . Sebelum kita solat mana2 waktu, ambil al Quran dulu dan letak di tepi kita kat atas meja ke . Setiap waktu selepas kita solat, tak kira lah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, bacalah sekurang-kurangnya sepipi . Haa !~ Baru terasa diri kita ni setiap masa sentuh al Quran . InsyaAllah .

   Hmmm . Tapi sebenarnya ana nak sentuh pasal lain . Ana dah lama perhatikan masyarakat melayu kita . Diorang sebenarnya memang lancar baca al Quran . Memang tiada tersekat2 pada awalnya . Tetapi dengan pengaruh luar seperti lagu2 jiwang yang boleh mengkhayalkan . Mereka menjadi merangkak2 ketika membaca al Quran . Perkara ni pernah terjadi pada diri ana dulu . Ana berasa sangat sedih pada awalnya . Then ana tekad utk cari mana silap ana yang membuatkan lidah ana jd keras sangat utk baca al Quran .

  Bila ana check fone ana . MasyaAllah ! Ana baru sedar selama ni fone ana penuh dgn perkara lagha . Penuh dgn lagu jiwang . Allahurabbi . Ana tanam dalam diri ana utk delete semua lagu2 jiwang tu, tak kiralah lagu ' Berdua Bersatu ' 'Jujurlah Sayang apa ke mendenya ' Ana delete semua . Dan ana hanya masukkan lagu Qasidah dan bacaan ayat suci al Quran . Alhamdulillah . Sekarang ana dah tak dengar sgt lagu2 yg lagha ni . Kadang2 . Ana terasa sedih dgn kawan2 ana yg sememangnya pandai baca al Quran, tetapi menjd merangkak2 ketika baca al Quran . Akibat drpd benda ni lah . Ni hanya pada pandangan ana dan pengalaman ana sendiri .

   Memang tak salah nak dengar lagu jiwang ni . Tp berpada-padalah . Antara perkara yg boleh membuatkan kita berkhayal semasa belajar adalah lagu2 ni lah . Duk nyanyi dalam kelas dan duk terbayang " Haish, kalau lah Izzue Islam ni jd pakwe aku ni . Perghhh ! " Tiba2 pang !!! Kena makan pelempang cikgu . Haa !~ Tak pasal2 kan . So, ni pesanan ustaz ana kpd ana . Nak dapat ilmu senang je . Kurangkan berkhayal dan kurangkan dgr lagu yg lagha . insyaAllah ilmu itu akan dapat kita terima dgn penuh berkat .

   Okey . Setakat ni jelah . Entry kali ni agak panjang sikit . Haha . Nak puaskan hati readers ni semua ^^ Minta maaf jika ada yg mana2 ada berlawanan pendapat dengan ana . Ana mohon seribu kali maaf jika ada kekurangan dalam entry ana kali ni . Ada tersalah bahasa ke, tersalah taip ke . Mohon tegur ye . Sama2 kita manfaatkan apa yg baik dari entry ana kali ni . Wallahualam . Assalamualaikum .







   


5 comments:

  1. Assalamu alaikum. Syukran atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
  2. hmm . lagi bagus when memorize the verses of the Quran c=

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum .. ana setuju dgn apa yg enta katakan .. salah satu sbb kita mudah lupa pada Allah Yang Maha Berkuasa ialah dengan mendengar perkara yang lagha seperti lagu jiwang atau lagu segala jenis lagu yang melalaikan.. memang la mendengar lagu itu tidak salah tapi ia menjadi salah apabila kita memperbesar-besarkan lagu daripada Maha Pencipta .. contohnya semasa kita duk dengar lagu, then tetiba azan berkumandang .. kita biakan lagu duk berdendang .. sedangkan azan itu utk kita menyegerakan tnggungjwb kita sbgai seorg muslim kpd Allah Taala.. jd spatutnya kita STOP la dulu lagu tu .. itu la salah stu contoh perbuatan yang boleh menyebabkan kita lalai drpd mengingati Allah SWT .. walaupun ia nampak remeh tapi ia memberi kesan kpd iman kita .. wallahu a'lam

    ReplyDelete