Saturday, 30 November 2013

Adam Berkopiah




Bismillahirrohmanirrohim . Assalamualaikum . Bersyukur terhadap Allah kerana kita masih lagi dapat bernafas pada hari ini . Kalau kita sudah tidak bernafas hari ini sudah tentu ana tak dapat nak tulis entry ni dan ukhti semua takkan dapat baca entry ana ini . Sama2 kita mengucap ALHAMDULILLAH :D


KAUM ADAM .

BERKOPIAH . Siapa yang tak pernah dengar tentang kopiah . Semua orang tahu . Tetapi tidak ramai yg meletakkanya sebagai aset utama . Bukan tak boleh kalau tak berkopiah . Tapi kalau yerr pun jangan buat rambut tu macam AYAM . Bukan nak menghina . Tetapi islam tak pernah pun mengajar kita begitu . Malah berkopiah ni merupakan sunnah RASULULLAH SAW . Apa salahnya kalau kita ikut sunnah Rasulullah SAW .

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".
Malah Allah Ta’ala memuji semua perbuatan Nabi SAW dan menamakannya sebagai “teladan yang baik“, dalam firman-Nya, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS al-Ahzaab:21). Ini menunjukkan bahwa orang yang meneladani sunnah Rasulullah SAW berarti dia telah menempuh ash-shirathal mustaqim (jalan yang lurus) yang akan membawanya mendapatkan kemuliaan dan rahmat Allah Ta’ala. 

Allahu !

Tetapi terdapat segelintir masyarakat pada hari ini melabelkan kopiah ini sebagai salah satu aspek politik . MasyaAllah . Padahal ia merupakan sunnah Rasulullah SAW . Janganlah kita memandai2 . Moga2 bertaubat . 

Kaum ADAM, ayuh kita menghidupkan Sunnah RASULULLAH SAW . InsyaAllah . Endahkan segala cacian orang lain yg kata kita ni bajet alim . La Tahzan Innalaha ma'ana (Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita) . :D





Friday, 29 November 2013

Haram or Halal ??



Bismillahirrohmanirrohim . Assalamualaikum .

Sejujurnya ana nak cakap . Couple ni sebenarnya memang nikmat . Nikmat yang berbentuk haram dan berdosa besar . Betul kan ?.

Okey back to the topic . "Bercouple itu Halal or haram ?? " Ayat ini sering bermain2 dalam fikiran remaja zaman sekarang .

Okey kita rujuk  
Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32).



Dalam ayat di atas menegaskan bahawa janganlah kita hampiri zina mahupun lakukannya .
Okey . Bercouple ? Cuba sama2 kita fikir . Kita nampak orang bercouple, apa yg sering diorang lakukan ? Texting siang malam . Malam2 bergayut . Macam2 lagi lah . Jadi cuba kita fikir. Perkara itu memanglah bukan zina . Diorang tak berzina pun . Tetapi diorang tengah menghampiri ZINA !!!! Sedarlahh ! Kan ayat di atas menerangkan janganlah kita hampiri zina .

"Tapi kami ok jee . Saling nasihat menasihati satu sama lain, tak pernah pun berpegangan tangan ke apa ke " Ya ! Memanglahh . tetapi godaan SYAITAN memang kuat . Kita perlukan iman yg teguh untuk mengatasinya . "Eh sorry ok . Kami pun ada iman yg teguh . Kami boleh lawan godaan syaitan itu"

Eh sorry korang kata kalian ada iman ? Kalau korang ada iman yg teguh, sudah pasti korang akan memahami firman Allah di atas . Jangan hampiri zina, tetapi korang sebaliknya . Ingatlah !  Syaitan amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Syaitan amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Nauzubillah min zalik .

Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.


Now, korang dah faham kan istilah couple . Couple tetap haram mahupun couple islamik . Couple Islamik tak pernah wujud dalam Islam . Yang haram tetap haram . Jangan nak menghalalkan yang haram . Ana tahu, ana pun pernah laluinya . Time bercouple, semuanya indah . Tetapi indahnya hanya sementara . Takkan kekal . Bercintalah selepas nikah . Ianya lebih indah drpd bercinta sebelum nikah . Trust ana ! Saya memetik drpd ayat Ustazah Fatimah Syarha, seorang pendakwah dan pakar motivasi . " Kalau kamu berCouple; berkawan-kawan selama 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal diri dia, yang kamu kenal hanyalah lakonannya sahaja .

Marilah sama2 kita muhasabah diri kita .

WALLAHUALAM :)


SUBHANALLAH . 


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

P/s:Wanita sepatutnya bergembira kan…

Thursday, 28 November 2013

Redha Allah adalah beserta Redha Ibu .


Untuk mendapat keredhaan ibu kita . Langkah pertama adalah utk memaklumkan kpd ibu tentang impian kita dan memohon redhanya.

Sukar melakukannya ? Percayalah, jika niat kita kerana ALLAH SWT, pasti dimudahkan . Sekarang bertanyalah pd diri sendiri (khusus untuk yg tinggal berjauhan dgn ibu), bilakah kali terakhir kita bertanyakan khabar ibu kita ?

Ini adalah cadangan drpd seorang hamba Allah yg kasih akan ibunya .

"Assalamualaikum ,

Ini sekadar cadangan. Apa kata kalau kita cuba utk menelefon ibu kita setiap hari ? Ya, mungkin susah utk dilakukan, kerana tidak biasa, dan mungkin tidak tahu apa yg harus dibualkan . Tapi percayalaha cakap saya, hati ibu kita pasti berbunga bunga setiap kali kita menelefon . Senang-senang kita dapat pahala hanya dgn bertanyakan khabar ibu kita .

Saya menelefon ibu saya tiga kali sehari; sekali pada waktu pagi, sekali pada waktu tengah hari, dan sekali lagi sebelum tidur . Kadang-kadang tidak sampai 5 minit pun, cukup sekadar hanya bertanya, " Ibu sudah makan ? Semuanya okey ? " . Pada akhir perbualan pasti saya tidak tidak tinggal mengatakan ini " Love you ibu " Dan ibu pun akan menjawab, " I always love you my baby. " Saya dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan rindunya dia pada saya daripada suara yg saya dgr di corong telefon.

Kenapa saya telefon ibu saya setiap hari ? Sebab saya tidak tahu sampai bila saya boleh mendengar suaranya . Mungkin esok ibu akan pergi menemui Yang Esa, atau mungkin esok ajal saya tiba . Saya kira, jika itu terjadi, saya tidak akan terkilan kerana dapat mendengar suara ibu, dan menyakan saya sayang padanya setiap hari."

Nah ! JIka mahu impian mudah tercapai, lakukan langkah tersebut . Dapatkan redha orang tua kita. Mohon doanya dan lihatlah bagaimana rezeki kita menjadi mudah . Mudah semudah mudahnya !

Fikirkan apa yg boleh dilakukan untuk menggembirakan hati orang tua kita, khususnya hati ibu.

Benar, ibu tidak mengharapkan sumbangan kewangan kita. Namun apabila ibu kita memang bukan orang yg berduit, apa salahnya menyumbang setiap bulan ?

"Tapi saya sendiri pun tidak cukup duit," barangkali ada yg berbisik begitu. Nah, jika itu keadaannya lebih perlu lagi menyumbang kpd ibu . MEMBERI ITU MELUASKAN LAGI REZEKI !

Boleh dimulakan dgn kecil-kecil dahulu . Bagaimana jika diam-diam kita bayarkan bil elektrik dan bil air ibu ? Bagaimana jika diam-diam tambah nilai kredit telefon bimbit ibu ? Hal ini boleh dilakukan senyap-senyap secara talian .

SESUNGGUHNYA REDHA ALLAH SWT BERSAMA REDHA IBU !
Menulis . Ianya salah satu aktiviti harian kita . Jadi ana nak berkongsi sedikit info tentang ini . 

Pertama : Tekanan
 i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan


i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)


ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan


i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang


iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalantengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
Assalamualaikum . Ana baru jer buat blog ni . Hanya utk sekadar perkongsian ilmu . Maklumlah . Baru lepas habis exam besar kan (SPM) . Ana mahu lebih bergiat dalam aktiviti berdakwah . InsyaAllah akan disalurkan melalui blog ini dan facebook or twitter . Doakan ana supaya success selalu ;D Wallahualam .