Friday, 29 November 2013

Haram or Halal ??



Bismillahirrohmanirrohim . Assalamualaikum .

Sejujurnya ana nak cakap . Couple ni sebenarnya memang nikmat . Nikmat yang berbentuk haram dan berdosa besar . Betul kan ?.

Okey back to the topic . "Bercouple itu Halal or haram ?? " Ayat ini sering bermain2 dalam fikiran remaja zaman sekarang .

Okey kita rujuk  
Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32).



Dalam ayat di atas menegaskan bahawa janganlah kita hampiri zina mahupun lakukannya .
Okey . Bercouple ? Cuba sama2 kita fikir . Kita nampak orang bercouple, apa yg sering diorang lakukan ? Texting siang malam . Malam2 bergayut . Macam2 lagi lah . Jadi cuba kita fikir. Perkara itu memanglah bukan zina . Diorang tak berzina pun . Tetapi diorang tengah menghampiri ZINA !!!! Sedarlahh ! Kan ayat di atas menerangkan janganlah kita hampiri zina .

"Tapi kami ok jee . Saling nasihat menasihati satu sama lain, tak pernah pun berpegangan tangan ke apa ke " Ya ! Memanglahh . tetapi godaan SYAITAN memang kuat . Kita perlukan iman yg teguh untuk mengatasinya . "Eh sorry ok . Kami pun ada iman yg teguh . Kami boleh lawan godaan syaitan itu"

Eh sorry korang kata kalian ada iman ? Kalau korang ada iman yg teguh, sudah pasti korang akan memahami firman Allah di atas . Jangan hampiri zina, tetapi korang sebaliknya . Ingatlah !  Syaitan amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Syaitan amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Nauzubillah min zalik .

Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.


Now, korang dah faham kan istilah couple . Couple tetap haram mahupun couple islamik . Couple Islamik tak pernah wujud dalam Islam . Yang haram tetap haram . Jangan nak menghalalkan yang haram . Ana tahu, ana pun pernah laluinya . Time bercouple, semuanya indah . Tetapi indahnya hanya sementara . Takkan kekal . Bercintalah selepas nikah . Ianya lebih indah drpd bercinta sebelum nikah . Trust ana ! Saya memetik drpd ayat Ustazah Fatimah Syarha, seorang pendakwah dan pakar motivasi . " Kalau kamu berCouple; berkawan-kawan selama 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal diri dia, yang kamu kenal hanyalah lakonannya sahaja .

Marilah sama2 kita muhasabah diri kita .

WALLAHUALAM :)


5 comments:

  1. Alhamdulillah .. aiman telah kembali ke jalan yang benar . and i'm really agreed about your post " Halal or Haram " .. couple after nikah is the best choice for muslims .. :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . Thanks and thats for sure . :D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah . mabruk alaik ! teruskan usaha anda utk menjadi bakal dai'e ! terima kasih dia ats ilmu yg dikongsikan :) syukran katsir . suka Fatimah Syarha ? sama .

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah . InsyaAllah . Doakan ana yerr . Hahaha . Yup . Ustazah Fatimah telah bnyk membuka minda ana .

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah :) doakan ana jua utk menyebarkan dakwah sama seperti yang anta lakukan . hihi^^ ... :D

      Delete