Sunday, 11 May 2014

Aiman Sayang Umi ♥♡♥





Assalamualaikum .


Sekadar Renungan Bersama .

" Umi "


Satu nama yang nampak ringkas tapi orangnya sangat berharga dlm hidup kita . ♥


Ketika kita masih bayi, ingat tak yg umi kita selalu mandikan kita . Walaupun kita ketika bayi sgt susah utk dimandikan . Dulu umi selalu panggil kita 'Baby, mari mandi meh . Busyuk doh baby bau ni"


Kita yg ketika itu masih bayi seolah2 faham apa yg umi kita cakap . Kita pun melarikan diri drpd umi . Tp dgn kasih syg umi kita, umi mengejar kita dgn penuh kasih sayang . Umi ambil kita dan mandikan kita . Gosokkan badan kita dgn sabun ' Baby Junior ' . Selepas siap umi kita lap2 kan badan kita sampai kering . Then umi pun baringkan kita utk pakaikan lampin kita . Kita dgn tergedik2 menunjukkan gembira . Umi kita dgn penuh kasih syg tanpa kira penat lelah pakaikan lampin kita . Pakaikan baju 'Spider Man, Barbie ' Kerana apa ? Kerana umi kita sgt sayangkan kita .


Lepas tu bila tiba masa makan, siapa yg selalu suapkan kita makanan ? Mestilah umi . Bila time kita baru boleh merangkak, kita merangkak rangkak drpd hujung rumah ke hujung rumah, tp umi kita setia mengekori kita sebab nak suapkan makanan kpd kita krn takut kitalapar . Hebatkan KASIH SAYANG SEORANG IBU ?


T A P I


Cuba muhasabah diri kita bersama sejenak, dapatkah kita bila umi kita dah tua dan kita semakin membesar, dapatkah kita jaga sepertimana umi kita jaga kita ? Dapatkah kita mandikan umi kita bila umi kita dah uzur sebagaiman umi kita mandikan kita ketika kecil dulu ? Dengan mengejar umi bila umi nak bermanja, dapatkah kita bersabar ? Ke ada yg di kalangan kita menengking kpd umi kita " Umi mari mandi nih ! Umi doh lah bau busuk " Sanggup kita menengkingnya begitu ??? Allahurabbi . Dan juga sanggup kita menghabiskan masa utk umi kita dan tatkala bila umi uzur, sangup tak kita tnggl kerjaya kita dan pergi jaga umi kita . Suapkan makanan kpd dia sebagaimana umi suapkan kita bila kita masih kecil dahulu . Hmm . Allahu .


Hmm . Tak pernah terfikirkah kita ? Bg anak lelaki yg sudah mempunyai isteri, tatkala kita bersama isteri kita dan umi kita pergi berjalan2 dgn kereta . Cuba fikir, anda yg memandu, tp siapa yg diberi keutamaan duduk di tepi kita ? Isteri kita ataupun umi kita ? Yang mana patut kita dahulukan ?? Allahurabbi . Ya Allah, tegurlah aku di saat aku alpa dan lalai


Umi, maafkan aiman jikalau selama aiman hidup 18 tahun ini ada menyakitkan hati umi ataupun membuatkan umi terasa hati . Umi, umilah ratu hati aiman selama lamanya .


Rasulullah bersabda

"Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa kita, dan kemurkaan Allah itu terletak pd kemurkaan kedua ibu bapa kita ." Riwayat At-Tabbrani .

Assalamualaikum, harap entry ini dapat buka mata hati kita .



Friday, 9 May 2014

Sedikit Perkongsian Diri

      Ehem ehem~  Bismillah . Assalamualaikum wbt . 

      Hmm . Mana nak mula eh ? Okey . Bismillah . Hari ni entry ana, ana nak luah sikit apa yg terkubur di dalam hati ana . Okey . Ramai orang mempersoalkan kenapa ana pilih aliran agama selepas SPM sedangkan ana ni asal drpd aliran sains tulen . Sebab kebanyakan orang yg aliran sains tulen ni mesti nak kejar jadi Doktor lah, Engineer lah, Saintis lah . Jadi sebab tu ramai yg pelik dengan diri ana ni . 

   Hmm . Okey begini . Meh nak kabo sikit . Ana sebenarnya sejak form 4 lagi dah set dalam minda ana yang ana nak ubah haluan ana lepas SPM ni . Jadi sebab tu ana hanya fokus kpd subjek yg teras berbanding subjek sains . Ana tak tahu kenapa ana jd begitu . Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu kpd ana . Lama kelamaan ana pun sedar . MasyaAllah Tabarakallah . Rupa-rupanya Allah nak tegur ana terhadap sesuatu perbuatan yg ana pun selalu lakukan . Apa perkara itu ? Biarkan rahsia . Yang pasti benda tu tak elok . Alhamdulillah ya Allah . Alhamdulillah 'ala kulli hal . 

   Then, ada juga yg tnya ana, "Jika kau ambik aliran agama ni, besar2 nanti nak kerja apa ? Taraf hidup di negara kita ni sekarang semakin meningkat " Ana hanya tersenyum dan menjawab " InsyaAllah rezeki Allah, percayalah kpd Allah . " Ye la kan . Ana sebenarnya ambil iktibar drpd Tok Guru Pondok Pasir Tumboh ana . Beliau hanya kerja mengajar di pondok, tapi hidup beliau senang lenang . Sama juga dgn ustaz2 di pondok tu . Mengajar dgn ikhlas, tiada gaji pun . Tp hidup lebih bahagia malah lebih ramai cahaya mata dikurniakan . Malah Rasulullah SAW pun tidak terfikir utk bermewah mewah . Kita ? Lebih drpd baginda .  Allahurabbi . 

   Ana pun fikir, buat apa nak kejar sangat dunia, pangkat dan gelaran . Kejarlah hanya berpada2 . Jikalau kamu kejar dunia, dunia akan lari, tapi jika kamu kejar akhirat, dunia akan mengejar kamu . Ya memang . Setiap manusia inginkan kemewahan . Tapi awas . Kemewahan itulah yg akan membutakan hati kamu . Kamu hnya akan nampak mewah di dunia . Nauzubillah min zalik . 

   Hmm . Jadi sedikit pesanan ringkas kpd bakal zaujah . Nak kemewahan, jangan cari ana . Cari orang lain . Tapi kalau nak bahagia, insyaAllah ana akan tepati dgn izin Allah . Bi iznillah . Doakan ana dahulu . Assalamualaikum .