Friday, 9 May 2014

Sedikit Perkongsian Diri

      Ehem ehem~  Bismillah . Assalamualaikum wbt . 

      Hmm . Mana nak mula eh ? Okey . Bismillah . Hari ni entry ana, ana nak luah sikit apa yg terkubur di dalam hati ana . Okey . Ramai orang mempersoalkan kenapa ana pilih aliran agama selepas SPM sedangkan ana ni asal drpd aliran sains tulen . Sebab kebanyakan orang yg aliran sains tulen ni mesti nak kejar jadi Doktor lah, Engineer lah, Saintis lah . Jadi sebab tu ramai yg pelik dengan diri ana ni . 

   Hmm . Okey begini . Meh nak kabo sikit . Ana sebenarnya sejak form 4 lagi dah set dalam minda ana yang ana nak ubah haluan ana lepas SPM ni . Jadi sebab tu ana hanya fokus kpd subjek yg teras berbanding subjek sains . Ana tak tahu kenapa ana jd begitu . Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu kpd ana . Lama kelamaan ana pun sedar . MasyaAllah Tabarakallah . Rupa-rupanya Allah nak tegur ana terhadap sesuatu perbuatan yg ana pun selalu lakukan . Apa perkara itu ? Biarkan rahsia . Yang pasti benda tu tak elok . Alhamdulillah ya Allah . Alhamdulillah 'ala kulli hal . 

   Then, ada juga yg tnya ana, "Jika kau ambik aliran agama ni, besar2 nanti nak kerja apa ? Taraf hidup di negara kita ni sekarang semakin meningkat " Ana hanya tersenyum dan menjawab " InsyaAllah rezeki Allah, percayalah kpd Allah . " Ye la kan . Ana sebenarnya ambil iktibar drpd Tok Guru Pondok Pasir Tumboh ana . Beliau hanya kerja mengajar di pondok, tapi hidup beliau senang lenang . Sama juga dgn ustaz2 di pondok tu . Mengajar dgn ikhlas, tiada gaji pun . Tp hidup lebih bahagia malah lebih ramai cahaya mata dikurniakan . Malah Rasulullah SAW pun tidak terfikir utk bermewah mewah . Kita ? Lebih drpd baginda .  Allahurabbi . 

   Ana pun fikir, buat apa nak kejar sangat dunia, pangkat dan gelaran . Kejarlah hanya berpada2 . Jikalau kamu kejar dunia, dunia akan lari, tapi jika kamu kejar akhirat, dunia akan mengejar kamu . Ya memang . Setiap manusia inginkan kemewahan . Tapi awas . Kemewahan itulah yg akan membutakan hati kamu . Kamu hnya akan nampak mewah di dunia . Nauzubillah min zalik . 

   Hmm . Jadi sedikit pesanan ringkas kpd bakal zaujah . Nak kemewahan, jangan cari ana . Cari orang lain . Tapi kalau nak bahagia, insyaAllah ana akan tepati dgn izin Allah . Bi iznillah . Doakan ana dahulu . Assalamualaikum .




No comments:

Post a Comment