Saturday, 25 April 2015

Pertemuan Pertama Guru Mulia


Al Fadhil Ustaz Zahary al Yamani




Berumur 28 tahun.
Merupakan anak murid Habib Umar al Hafidz.
Belajar di Darul Mustafa selama 4 Tahun.
Belajar di Fathoni 8 Tahun .




Pada 7Januari 2014.
Pertama kali ana lihat susuk tubuh ustaz pada tarikh 7 Januari tu,
sungguh ana sangat mengagumi beliau,
sangat lemah lembut,
sopan santun.
Mana ke tidak, sebab ustaz seorang yang sangat mementingkan adab,
seorang yang ilmu tasawwuf nya sangat tinggi.
Lalu ana pun niat dalam hati, 
" alangkah baiknya kalau aku dapat berdamping dgn ustaz,
berdamping dengan orang alim "
Dan di saat ustaz menyampaikan tausiyah ustaz,
Ya Salam,
memang terpikat hati ana, tausiyah yg sangat bersemangat,
penuh dengan rasa kecintaan kepada baginda nabi.
Sesiapa yang dengar tausiyah ustaz pasti akan terpikat.
Ana berani jamin.



 _______________________________________________
Dan pada 13 Januari 2014,
 Rutin biasa ana selepas mengaji kitab,
ana dan sahabat ana akan keluar makan,
ketika itu kami berhenti makan di satu kedai roti tempayan,
hampir selama 45 minit kami berada di kedai tersebut.
Tiba-tiba
Datang satu kereta Honda Civic Type-R warna putih 
memasuki lorong di sebelah kedai yang kami tengah makan tu,
yang peliknya, bila kereta tu masuk lorong tu,
kereta itu berhenti dan tingkapnya terbuka,
 ana pun rasa pelik lah, tengok wajah dalam kereta tu,
macam pernah tengok.
Rupa-rupanya kereta tu kereta Ustaz Zahary yang bersama zaujahnya,
ustaz duk lambai kat ana suruh pi dekat dia.
Kita ni pun pelik lah tambah lagi dgn perasaan berdebar-debar.
Ye lah, sebelum ni kami tak pernah kenal pun,
tiba-tiba ustaz panggil mai tegur.
 Haisshhhh....
Ana pun pi laa dengan hati yang berdebar-debar.
Debar nya ana tu hanya Allah yang tahu,
Ye lah. Orang alim panggil kita kot. 
Bila ana sampai kat kereta ustaz,
Ustaz pun tanya,
Siapa nama ana ?
Tinggal kat mana ?
Macam pernah nampak je muka enta ni.
Kita pun jawab je lah dengan hati berdebor.
Sesudah ana jawab soalan ustaz,
ustaz pun kata,
" Tak apa lah, ana nak balik rumah dah ni, rumah ana kat depan ni je "
* MasyaAllah, rupa-rupanya aku tengah makan di kedai tepi rumah orang alim *

Bersyukur sangat ana ketika itu sebab dapat jumpa dgn ustaz.
ALHAMDULILLAH.
Dan bila tiba masa kami nak balik drpd kedai makan tu,
ana nampak kelibat berjubah putih datang menghala ke arah kami.
Rupa-rupanya Ustaz Zahary datang nak berjumpa dgn ana,
nak berbual dgn ana.
Allahurabbi.
Mendengar tutur percakapannya sangat lemah lembut,
siwak/kayu sugi selalu dipegangnya.
Banyak soalan yang ustaz tanya kpd ana,
memang tak habis lah kalau nak cerita kat sini.
Ana cerita kpd org tertentu je soalan ustaz.
Tapi salah satu daripadanya ana nak cerita,
ustaz tanya, 
" Enta pakai serban ni, ada ijazah drpd mana-mana tok guru tak ? "
Ana jawab tak ada ustaz.
Ustaz balas balik,
" Okey tak apa, besok datang majlis ana dan ambil ijazah serban daripada ana "
Ya Salamm. 
Betapa gembira bila orang alim menawarkan sesuatu benda yang baik.

Dapat ijazah serban daripada Ustaz Zahary.

Dan selepas tu, selama seminggu ana berkhidmat utk ustaz,
pergi ke majlis2 ustaz. 
Mengambil berkat dan pesanan drpd ustaz sebelum ustaz balik Pahang.

Ustaz ajak berjumpa dengan sahabat ustaz yang merupakan juga
anak murid Al Allamah Habib Umar al Hafidz.
Bersyukur sangat dapat berdamping dengan mereka.
Dan bila tiba hari last sebelum ustaz bertolak balik Pahang.
Kami sama-sama bertolak balik drpd majlis ustaz,
dan ustaz suruh ana berhenti di stesen minyak petronas sebab nak bgtau benda.
Bila berhenti,
Ustaz tanya,
" Lepas ni enta nak mengaji kat mana ?? "
Ana pun jawab
" Kalau ikutkan hati ana, ana nak mengaji di Yaman. " 
Belajar di Hadramaut di Yaman tu "
Ustaz membalas,
" Kalau di Darul Mustafa tempat ustaz belajar tu, susah sikit nak masuk.
Sebab kena temu duga apa semua tu.
Tapi kalau selain Darul Mustafa,
Ustaz boleh tolong ejas utk enta ke Yaman.
Seperti Ribat Tareem ke atau yang lain tu. "
Ana membalas
" Tak apa ustaz,
kat mana2 pun tak apa, asal di Hadramaut je ustaz, 
Jazakallah khair ustaz "
Ustaz membalas,
" Baik, dah.
Lewat dah ni, jom balik. "


Dan itu lah kali terakhir ana jumpa ustaz.
Sungguh ana sangat merindui sentuhan drpd ustaz.
Moga-moga kita ada jodoh lagi utk berjumpa.

Dan ana akan selalu ingat satu syair yang Ustaz amanahkan utk hafal.

" Tulis apa yang kamu dapat (ilmu)
Hafal apa yang kamu tulis,
Dan sebarkan apa yang kamu hafal "

Segala-galanya bermula dengan hanya satu NIAT.
Alhamdulillah ya Rabb !

JAZAKALLAH USTAZ !


Mabruk Ustaz, kerana telah dikurniakan cahaya mata yang pertama.

No comments:

Post a Comment