Saturday, 10 January 2015

M A R U A H Tergadai kerana Artis KPOP.




Kalau nak minat tak salah. Tp jgn sampai taksub sgt. Sekadar tonton sudah. Macam kita tonton filem hindustan. Hanya sekadar tonton.

Tp zaman sekarang, bila seseorg tu minat kpop, pemain bola, pemuzik band dan artis2 mereka akan menjadi taksub. Sampai sanggup menggadai maruah diri. Bahkan lebih teruk dgn mencemar nama Islam ! Allahurabbi.

Ingatlah. Kpop ini adalah satu serangan terhadap wanita yang belajar agama.Kebanyakan yang minat Kpop ini adalah wanita yang belajar ilmu agama. Dah terbukti bahawa mereka telah dimanipulasi oleh serangan itu. Kalau wanita yg belajar ilmu agama dah terjebak, apatah lagi wanita yang tidak belajar ilmu agama. 

Dekat luar, kemain lagi jaga pandangan, tunduk sampai ke lutut kepala tu. Semata-mata nak jaga mata drpd ajnabi. Tetapi yang sedihnya. Dalam fone masing-masing ada gambar artis kpop lelaki. Lee Min Ho. Lee Dong Wook lah. Pastu ramai lah lagi. Allahurabbi.

Mari kita rujuk satu hadis sohih.
Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik r.a. : Ada seorang ArabBadwi bertanya kepada Rasulullah SAW : “Bilakah kiamat itu tiba?”
Rasulullah bersabda : “Apa yang telah kamu persiapkan untuk itu?”
Lelaki itu menjawab : “Cinta Allah dan Rasul-Nya.”
Rasulullah menjawab : “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 4775)

Jelas hadis di atas menjelaskan bahawa kita akan dikumpulkan bersama-sama orang yang kita cintai di dunia. Jika kita mencintai artis, KPOP, penyanyi, pemain muzik, pelakon, pelawak , ahli sukan,atau pemimpin yang rasuah dan zalim maka kita akan dikumpulkan bersama-sama mereka. Dan cubalah kamu meminta pertolongan drpd mereka di akhirat ! Memang tak akan boleh. Wal iyyazubillah. Sebab yang boleh memberi syafaat kpd kita ialah baginda Rasulullah SAW.

Sebaliknya pula jika kita mencintai Rasulullah SAW, para sahabat, alim ulama dan orang soleh maka kita juga akan dikumpulkan bersama-sama mereka.

2 comments:

  1. Yeah .. tak semua perempuan yang belajar agama minat KPOP okeh . Cuma kebanyakkanya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Cuma kebanyakannya. Ianya satu serangan kpd wanita yg agama. Dan ternyata berhasil

      Delete